Tempat penting di Pokok Sena Pokok Sena, Kedah

Berdekatan dengan Pekan Pokok Sena ada beberapa tempat penting iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Gajah Mati, Pejabat Pertanian Daerah Kota Setar & Pusat Pertanian Gajah Mati, Stesen Pembangunan Komoditi Gajah Mati, Pusat Haiwan Gajah Mati dan Penjara Pokok Sena.

Taman Kekal Pengeluaran Makanan Gajah Mati

Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Gajah Mati ialah satu kawasan yang dikhususkan oleh kerajaan bagi tujuan meningkat pengeluaran makanan negara di bawah Dasar Pertanian Negara. Kawasan seluas 55.2 hektar ini dilengkap dengan infrastrukur asas seperti jalan ladang dan sistem pengairan dan bekalan air bagi memudahkan usahawan tani bercucuk tanaman. Pada masa ini kawasan ini menampung 24 perserta yang mengusahakan tanaman kontan seperti nenas, jagung dan sayuran seperti cili, petola serta juga buahan mas melon yang diusahakan secara fertigasi.

Semasa ini tanaman sedang mengeluarkan hasil secara berterusan adalah:

  • Nenas jenis morris
  • Jagung
  • Sayuran dari jenis tertentu (semasa: sawi, bayam, kangkong, terung, serai, bendi, petola dan cili)
  • Buah buahan: mangga (mengikut musim - Mac April Mei)
  • Tebu

Pembelian runcit dan juga borong boleh dibuat pada Gerai Jualan Terus atau di Pusat Pengumpulan TKPM di Gajah Mati, Pokok Sena.

TKPM Gajah Mati juga telah mempunyai blog sendiri.

SALM ZONE- Pusat Jualan Terus dari Ladang TKPM

TKPM Gajah Mati telah menyiapkan premis SALM ZONE bagi melaksanakan Jualan Terus Dari Ladang TKPM.Ia akan mula beroperasi pada Tahun 2011.

Pejabat Pertanian Kota Setar & Pusat Pertanian Gajah Mati

Pejabat Pertanian Kota Setar ialah pejabat pertanian bagi Daerah Kota Setar. Tugas utama ialam memberi khidmat pengembangan kepada petani petani di Daerah tersebut. Pusat Pertanian pula adalah tempat penyimpanan benih benih sebelum diedar kepada petani dan perserta projek seluruh Daerah.

Stesyen Pembangunan Komoditi Gajah Mati

Pusat Pertanian yang dikelola oleh Jabatan Pertanian ini terletak bersebelahan TKPM dan telah di buka sejak tahun 1920 bagi tujuan mengkaji tanah berkerikil dan bermasaalah Siri Gajah Mati. Pada masa ini pusat ini di jadikan lokasi pengeluaran benih tanaman bagi keperluan petani.

Projek terkini yang sedang pesat dibangunkan ialah Program Pembangunan Ladang Organik menggunakan kaedah natural farming. Di dalam program ini Jabatan Pertanian menyediakan indegenous microorgism (IMO-mikroorgisma asli) sebagai agen pemulihan struktur tanah. Jabatan juga menyediakan baja larutan natural farming menggunakan bahan bahan sisa ladang. Jenis-jenis tanaman yang terlibat dalam program ini 2 hektar ladang mangga Chok Anan, 1 hektar longan, 0.25 pitaya dan 1 hektar limau madu serta sayur daun seluas 0.25 hektar.